Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”
Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
Kenali Tanda2 & Jenis2 Penyakit Anda
MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
…
HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
- Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
- Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
- Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
- Sistem penghadaman yang lemah.
- Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT
Peluh
- Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
- Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
- Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
- Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
- Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
- Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
- Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
- Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
Wallahu a’lam ......................................................................................................................................................................
PerBezaan Antara Ikan Keli MeMakan Dari Sumber Yang Haram Dan Sumber Yang Halal.
Yang HALAL diberikan makanan yang semulajadi manakala yang HARAM, makanannya diperbuat daripada babi. Tujuan beri makanan yang berasaskan babi adalah untuk mempercepatkan proses tumbesaran.
HALAL.
Diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin.
Kepala berbentuk 'U'.
Bentuk badan tirus.
Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat.
Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu.
Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan.
Digoreng tidak meletup.
HARAM.
Ikan yang diternak orang bukan Melayu (Bukan ISLAM Lebih Tepatnya) diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam.
HALAL.
Diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin.
Kepala berbentuk 'U'.
Bentuk badan tirus.
Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat.
Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu.
Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan.
Digoreng tidak meletup.
HARAM.
Ikan yang diternak orang bukan Melayu (Bukan ISLAM Lebih Tepatnya) diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam.
Kepala berbentuk 'V'.
Bentuk badan mirip torpedo.
Badan berwarna hitam berkilat.
Bahagian bawah badan berwarna putih melepak.
Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning.
Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak.
Read more...